Monday, April 13, 2009

Manohara Odelia Pinot



True; aunty desi invited them 2 come 2 jakarta 2 meet with Manohara’s family (to do lamaran etc)


True; d’ Malaysian said “we will do it immidiately after d palace ceremony”


True: d’Malaysian said to aunty desi, “this is a request from Raja, it is disrespectful if we didn’t obey”


True; aunty desi went to the Indonesian embassy to make a report and ask for a permit for Manohara 2 b married abroad.


True; d’ indonesian embassy didn’t realease a “permit” for thier wedding bcos Manohara can not provide (letter from KUA Indonesia and letter from Mano’s father).


True; aunty desi want to wait for a legal documents 2 be ready.


True; d’Malaysian convince her that after d ceremony at the palace ,they will immediately come to Jakarta, meet with d family and make a party in front of Mano’s family.


True: Manohara’s father disagreed to the sudden wedding plan, he wanted to wait at least until Manohara’s reaches 18 years of age. He requested to wait.


True; After d ceremony d’ Malaysian “forgot” about their promises n no body talked about it anymore.when they were asked, they said ok…ok… will see or Insya’Allah.


True; aunty desi never asked for anything from the marriage and never got anything.


True; T.Fakhry refused to let Manohara to take any oppurtunity to sign any contract 2 play in d movie, addvertising etc. he said “i do not want u 2 sign any contract” For d offers she didn’t take he would compensated her


True; aunty desi trust them and have respect to the family n let d ceremony forward.


True; aunty desi, dewi n d family who came 4 d ceremony rented clothes for them to wear during d ceremony. bocs they didn’t have enough time.


True; After d’ ceremony Manohara was very shocked with the behavior of tengku Fakhry, who is sees her as his property. He openly shares secret about his marrieage in public.


True; bcos she could not stand his behavior anymore, Manohara went back to her mothers house, hoping that he will realize what he has done is hurting her feelings and humilating her in front of ppl.


True; bcos the love of aunty desi to tengku, while in Jakarta, Manohara, aunty desi n dewi were continuesly nice towards tengku n towards his entourage. Manohara & family always welcome anyone who came to see them.


True; In Febuary finally tengku agreed to fullfil their promises.his appologies for what has have done.he brough Manohara a car as a valentine’s gift.


Treu; he invite them to go for umroh and to ask for a forgiveness in front of Ka’bah and said that as soon as we return we will do a ceremony as promised which was to invite family and close friends of Manoharas.


True; aunty desi keeps trusting him & still treats him like her own son.She didn’t ask for it to be a spectacular party, As long as the ceremony is done in front of their family. It is also for their maruah.
she’s already made an arrangement and already informed few families and friends (including me) that as soon as she return from Umroh they will do the small party, and that Manohara will follow tengku to Kuala Lumpur and study there. Aunty desi already asked around to rent a place for 250 ppl.


True; Instead of fulfill their promises they choose to show their power and take Manohara by force and leave d mother and her sister in Jeddah and fearing for Manohara life.


True; aunty Desi been trying to go to Kuala Lumpur try to talk to the family and to meet her beloved daugther but instead of welcoming her she was banned to entering the country.


True; Instead of undersanding how painful it must be for a mother who being cut frm her daugther and for Manohara whos not allowed to see and even to speak to her dearest family. and STOP their injustice act, They made lies and mean storeis about aunty desi and create fitnah and more dholim to these 3 poor women.


True; Aunty desi is very strong and warm hearted lady. She’s been through betrayal form one to another and never change her atitude towards others.she remained the same, that is easily trusting people. i know her, she is very generous, she’s too open, she can laugh about her mistakes & is never ashamed to admit it.


True; Instead of valuing her, d’ Malaysian abuse her kindness against her.tengku Fakhry didn’t realise that all the advices he recieves were very wrong.Why can they just deliver their promise to come to Jakrt and make the wedding in fornt of Manohara’s family.
I dont Understand how people seek pleasure through other peoples misery.and could change truth into fitnah for their pleasure.


True; The bond between mother and daugther can not be cut.nothing/nobody can replace a mothers feeling towards their children.You can not put a price to cut the bond between the mother and daughter.This is a kind a feeling that can not be bought.


True; in Islam, wife has to follw the husband.


BUT;
TRUE; ISLAM NEVER TEACH THE WIFE TO FORGET HER MOTHER AND SISTER.ISLAM NEVER TEACH TO CUT THE SILLATURRAHMI BETWEEN MOTHER AND DAUGTHER, BETWEEN SISTERS OR BROTHERS AND BETWEEN FAMILY AFTER YOUR MARRIAGE.
True; ISLAM believe that God NEVER SLEEP.

Sunday, April 12, 2009

REAKSI SEMASA

Kami kagum dan tidak menyangka terhadap sambutan yang begitu hangat diberikan oleh pembaca-pembaca blog ini. Ada yang menyokong dan juga tak kurang yang menentang. Tujuan asal kami adalah untuk mendedahkan kesedihan rakyat Kelantan tentang pembolotan harta dan khazanah negeri Kelantan oleh Raja Perempuan dan kuncu-kuncu nya. Jeneral kesayangan yang menjalankan tugas tersebut adalah Pengampu nombor satu dan penjawat nombor dua dalam Pentadbiran Awam Negeri, Dato’ Hj Shkori Mohamad.

Antara ulasan-ulasan kepada pendedahan ini yang paling menarik adalah dari saudara “Asrol” dan “Orang” . Sdr. Asrol menentang habis-habisan pendedahan kami ini dan asyik mencabar supaya kami muncul berdepan secara fisikal dengannya. Yang amat melucukan kami ialah tiada sebarang fakta yang dikeluarkan olehnya untuk menangkis kenyataan kami selain dari memetik tafsiran-tafsiran ayat Al-Quran dan menuduh kami sengaja hendak menghuru-harakan Istana Kelantan dan Kerajaan pimpinan Tok Guru Nik Aziz.

Kami bagi pihak “The Silent Majority” rakyat Kelantan ingin menyatakan kesetiaan kami yang tidak berbelah bagi kepada Istana Negeri Kelantan di bawah KDYMM Al-Sultan dan YTM Tengku Mahkota yang sentiasa mengambil berat tentang masaalah rakyatnya. Kepada YTM Tengku Mahkota Kelantan, patik-patik rakyat Kelantan merasa terharu diatas keperihatinan Tuanku untuk menolong patik-patik rakyat yang teraniaya, terutama penduduk penduduk Gua Musang yang tanah mereka dirampas dengan mudah dan kejam atas alasan kepunyaan Raja, tanpa sebarang pampasan. Juga kami adalah penyokong kuat kepimpinan Kerajaan Negeri dibawah Tuan Guru Dato’ Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kami berterima kasih kepada pelayar blog kami atas nama samaran “Orang” yang menyokong pendedahan kami dan menampilkan dengan beberapa fakta tambahan berkaitan pembolotan/rompakan khazanah Negeri oleh segelintir penyamun-penyamun terhormat. Setelah melayari blog blog “Kelatekito” dan “Rakyatkelantan” yang diminta oleh sdr. Asrol, kami dapati tiada apa-apa fakta didalamnya yang menangkis pendedahan didalam blog ini dan yang dikemukakan oleh sdr. “Orang”. Mungkin juga salah seorang penyamun-penyamun ini adalah siAsrol.

Apa yang ditimbulkan adalah gambar-gambar Manohara dan YM Tengku Temenggong bergembira bersama. Gambar-gambar itu tiada kaitan dengan penyelewengan Hutan Simpan, Rampasan tanah peneroka di Gua Musang, Tanah Wakaf Masjid Wakaf Siku, Projek Kompleks Quarters di Telipot, Projek kawalan banjir, lombong-lombong haram, Projek Lembah Sireh dan banyak lagi tajaan Raja Perempuan. Pendedahan kami tentang Manohara adalah menitikberat tentang cara ibunya Dessy ditinggalkan dengan cara yang tidak berperikemanusian selepas mengerjakan Umrah di Mekah. Tidak perlulah berlebihan menayangi gambar gambar tersebut. Semua orang sudah tahu mereka berdua adalah suami isteri.

Dengan itu kami membuat kesimpulan bahawa sdr. Asrol adalah badut upahan murahan dan kaki pengampu penyamun-penyamun terhormat yang tiada harga diri, sama seperti cerita perlipur lara dari zaman silam dimana Raja dikelilingi oleh khadam-khadam dan kaki jilat dan pengampu. Sebelum mancabar kami untuk berdepan sila sdr Asrol jawab pendedahan pendedahan diatas dahulu dan tak payahlah berlagak alim dan bermukkaddimah dengan panjang lebar. “Go Straight to the Point and Answer our Revelations, one by one, my friend.”

Untuk memudahkan sdr Asrol sila jawab atau ulas perkara perkara berikut :

  1. Siapakah dibelakang penutupan jalan disebelah Istana Batu, Kota Bharu?
  2. Satu malapetaka dan penganiayaan terhadap penduduk dan peneroka telah berlaku keatas lebih kurang 3 ribu orang di kawasan Batu Papan, Kundur dan Pulai di Gua Musang apabila satu kawasan penjelajahan seluas 51 ribu ekar diluluskan kepada Yayasan Kraftangan melalui EL 3/2008 dalam fail PTG.KN.SG.20/2/294(07). Ada peneroka yang sudah tinggal selama 50 tahun telah diarah keluar dari kawasan itu dan semua bayaran berkaitan tanah tersebut tidak lagi diterima oleh pejabat tanah. Banyak pokok getah dan kelapa sawit telah di tanam oleh peneroka peneroka disitu. Syarikat manakah di belakang Yayasan Kraftangan kepunyaan Raja Perempuan? Sila jawab Asrol.
  3. Projek pembalakan di Lojing tajaan siapa?
  4. Kenapa lombong emas dan feldspar haram di Gua Musang dibiarkan?
  5. Siapakah di belakang kekacauan terhadap lombong Emas SEDC dan lombong Manganese di Gua Musang sehingga Kerajaan Negeri terpaksa berdepan dengan tindakan Mahkamah?
  6. Pengaruh manakah dibelakang Projek timbunan tanah tepi sungai Kelantan dalam Bandar Kota Bharu?
  7. Kenapa Syarikat SBJ Binajaya begitu banyak diberi monopoli membuat bangunan di Kota Bharu? Tiadakah syarikat lain kepunyaan bumiputera yang layak? Teruk sangatkah syarikat-syarikat pembinaan Bumiputra di Kelantan?
  8. Begitu banyak ‘Projek DiRaja’ tajaan siapa? Sehinggakan pengeluaran sos cili dan budu pun bertaraf ‘Projek DiRaja’. Tidakkah ini mengaibkan institusi di Raja Kelantan? KDYMM Al-Sultan Kelantan tiada kena mengena dengan projek-projek tersebut.

Banyak lagi tanda tanya yang berlegar di kepala rakyat Negeri Kelantan yang perlu dijawab. Kalau sdr Asrol tak tahu menahu dan tidak boleh jawab persoalan tersebut, sila beritahu ‘Majikan’ sdr. supaya pecatlah sdr dan ‘employ’ lah pengampu atau barua yang lebih berkelayakan dan berpengetahuan tentang perkembangan semasa di sekelilingnya.

JIKA ASROL MASIH MENAFIKAN KEADAAN YANG BERLAKU DI KELANTAN DAN MASIH MENYATAKAN KAMI MEMBUAT FITNAH MAKA BETULLAH SIASROL SEPERTI KATAK PURU YANG MENGGERUTU DI BAWAH TEMPURUNG.