Wednesday, May 20, 2009

Penyelewengan Pentadbiran Kewangan Negeri Kelantan!

PENTADBIRAN kewangan negeri Kelantan dikatakan berada dalam keadaan tidak begitu kemas dan teratur menyebabkan kemungkinan berlaku pembaziran wang rakyat seperti bayaran yang dibuat ke atas tuntutan-tuntutan yang tidak wajar dan munasabah.

Beberapa amalan tidak telus dikatakan berlaku yang melibatkan jumlah puluhan juta ringgit.

Apa yang dikatakan berlaku ialah tuntutan-tuntutan tidak wajar ke atas sesuatu kontrak di mana nilai yang diluluskan tidak sepadan dan tempoh kelulusan juga begitu cepat di mana ini menyalahi prosuder kewangan yang diamalkan sebelum ini, di mana pembayaran biasanya dibuat dalam tempoh selepas tiga bulan.

Ada tuntutan dikatakan dibuat disebelah pagi diluluskan sebelum pukul 3:00 petang!

Sebagai contohnya bayaran yang dibuat oleh sebuah agensi kerajaan negeri berjumlah RM36 juta dalam tempoh lebih dua tahun dari tahun 2006. Pembayaran itu dianggap tidak munasabah kerana aktiviti agensi berkenaan bukan agensi bersifat komersial.

Keadaan ini menyebabkan pihak tertetu yang berhak untuk menjaga dan mengawal kewangan negeri Kelantan untuk rakyat dikatakan terpaksa masuk campur bagi memastikan perbelanjaan dijalankan dengan betul.

Pihak berkenaan dikatakan sedang meneliti hal ini termasuk telah memanggil Pegawai Kewangan Negeri dan Pengarah Tanah dan Galian yang bertanggungjawab dalam soal-soal tanah dan sebagainya untuk memberi penjelasan lanjut.

Dikatakan ada sendiket kalangan kontraktor mengguna nama pihak berkuasa lain untuk mendapat kontrak ataupun mendapat kelulusan tanah dengan mudah serta dikenakan bayaran cukai atau premium yang rendah.

Misalnya premium dikenakan ke atas satu kawasan lombong emas di negeri itu jauh lebih rendah daripada jumlah sepatutnya kerana ia dikatakan ada kaitan dengan pihak tertentu lain. Hal ini katanya sangat dikesali dan ia mula dipertikaikan sendiri oleh pihak dalaman kerajaan negeri.

Dalam tujuan ini nama istana Kelantan juga dikatakan telah dijadikan kambing hitam bagi mendapat perlepasan atau pun untuk mempercepatkan sesuatu proses permohonan.

Justeru pihak kerajaan negeri khasnya menerusi Pengerusi Jawatankuasa Kewangan Negeri yang bertindak sebagai Menteri Kewangan dan juga Menteri Besar perlu memantau dan menyelidiki hal ini.

Sekiranya dakwaan ini didapati benar tidak sewajarnya kerajaan negeri mendiamkan diri kerana ia tidak memberi keuntungan kepada kerajaan apa lagi disaat negeri mengalami kemelesetan ekonomi kini. Apa lagi kalau sikap diam diri itu kerana takut atau kerana menghormati mana-mana pihak ia dianggap sebagai tidak patut kerana telah membelakangkan kepentingan rakyat.

Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) juga hendaklah memainkan peranan menyiasat perkara ini. Tujuan ia diwujud ialah bagi menjadi badan pemantau bagi pihak seluruh rakyat Kelantan. PAC berhak memanggil mana-mana pihak membabitkan perbelanjaan wang negeri untuk diteliti. Tidak ada gunanya PAC ini diwujudkan kalau ia setakat diwujudkan untuk memenuhi prosuder sesebuah kerajaan saja.

Seelok ‘penyelewengan’ dan kelemahan salah tadbir ini dikesan dan diambil tindakan segera sebelum keadaan menjadi lebih buruk lagi. Natijah daripada membiarkannya menyebabkan wang rakyat akan disalah gunakan akan lebih berleluasa.

Pencerobohan Yang Tidak Bertamaddun

Pada 24 Mac 2008, En. Mohamad bin Ismail, Ketua Pusat Konservasi Hidupan Liar Gua Musang telah mencatat peristiwa kezaliman daripada penyamun penyamun terhormat diketuai oleh Pengarah Tanah & Galian Kelantan Dato’ Hj Kamaruddin berkaitan tanah lot 730 kepunyaan Ladang Ternakan Konservasi Rusa.

Pada hari tersebut kerja kerja tanah telah dijalankan oleh kontrakter kepada Yayasan Keraftangan iaitu Mr Henry dan Mr. Ho Tin Tik di dalam kawasan kepunyaan Pusat Konservasi Hidupan Liar. En. Mohamad Ismail cuba sekat sambil menunjukan batu sempadan dan menasihatkan kontraktor tersebut supaya berhenti menceroboh disebabkan tanah tersebut termasuk dalam kawasan Ladang Ternakan Rusa. Hadir sama ditempat pencerobohan ialah pengampu, talam dua muka, dan barua kepada Mr. Ho Tin Tik, iaitu En. Zahari Hamzah, Pen. Pegawai Tanah.

Penyamun penyamun atasan yang juga barua-barua kepada Dato’ Shkori, iaitu Pen. Pegawai Tanah, En. Mohd Zainudin Hj Mohamad, Pen. Kanan Ketua Jajahan dan seterusnya PTG sendiri Dato Hj Kamaruddin dengan mudah dan tidak segan silu menerusi telefon En. Zahari mengatakan bahawa kawasan tersebut diluluskan untuk penjelajahan kepada Yayasan Keraftangan kepunyaan Raja Perempuan Kelantan.

Dengan rakus dan sombong mereka kaitkan projek pencerobohan tersebut dengan Raja Perempuan Kelantan, seolah olah tiada kuasa lain dapat menghalang perbuatan keji itu. Inikah yang dikatakan Payung Rakyat ? Rakyat Kelantan sudah jemu dan bosan dengan perbuatan penceroboh terhormat. Kami rakyat Kelantan sentiasa mendoakan supaya KDYMM Al-Sultan Kelantan dan YTM Tengku Mahkota yang kami sanjungi supaya mengambil tindakan yang sewajarnya keatas sesiapa sahaja termasuk Pegawai Kanan Awam yang berpangkat tinggi seperti PKN Dato’ Shkori dan PTG Dato’ Kamaruddin tetapi berkelakuan tamak, rasuah, zalim dan bersikap begitu hina dan rendah dimata rakyat.

PTG Dato’ Kamaruddin atau wakilnya selalu berjumpa dengan Ho Tin Tik di Kesedar Inn Gua Musang sekurang2 nya dua kali sebulan. Apakah makna nya ini ? Kami harap Pihak Pencegahan Rasuah ambil berat tentang perkara ini.