Wednesday, June 3, 2009

TINDAKAN YANG TEPAT

Salam Sejahtera! Kami rakyat Kelantan dari semua keturunan merasa bangga dengan perkembangan mutakhir di Negeri Kelantan.

Kepada Yang Teramat Mulia Tuanku Muhammad Faris Petra,Tengku Mahkota, merangkap Pemangku Sultan Kelantan, patik-patik ingin menjunjung kasih dan menyembah kepada YTM Tuanku bahawasanya patik-patik amat terharu dan bergembira diatas tindakan tegas dan pantas YTM Tuanku menitahkan supaya jawatan PKN , PTG dan DO Kota Bharu, Kelantan, dikosongkan dengan serta merta. Rupa rupanya sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga. Patik-patik rakyat Kelantan mendoakan kepada Tuhan pada setiap masa supaya Ayahanda YTM Tuanku, KDYMM Al-Sultan Ismail Petra yang patik-patik semua amat menghormati supaya cepat cepat sembuh untuk kembali memerintah Negeri Kelantan yang patik-patik sayangi.
Dengan perkembangan yang positif ini kami harap Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tuan Guru Dato’ Hj. Nik Ab. Aziz Nik Mat akan dapat mentadbir Negeri Kelantan dengan mudah dan senang hati tanpa pengacau pengacau yang terhormat itu. Pihak SUK, Dato’ Mohd Aiseri Alias juga tidak akan tergendala kerja-kerja nya untuk menjalankan polisi dan arahan yang diputuskan oleh Menteri Besar dan Exco2 nya.

Dari awal lagi kami ingin nyatakan bahawa pendedahan kami ini adalah untuk kebaikan Negeri Kelantan. Tiada gunanya kita menyembunyikan kelemahan kelemahan kita atau mempertahankan pembolot-pembolot khazanah Negeri Kelantan yang bertopengkan sebagai Pegawai Pegawai Kanan Kerajaan. Dengan tindakan tegas oleh Pemangku Sultan itu, Negeri Kelantan diharap bersinar semula dari segi ekonomi dengan menarik minat pelabur-pelabur dari luar Negeri. Marilah kita kehadapan kearah memajukan Negeri Kelantan dibawah kepimpinan YAB Dato’ Tuan Guru Hj. Nik Ab. Aziz Nik Mat yang kita kasihi dan sanjungi dan lupakan perkara-perkara yang lepas yang telah mencemarkan Pentadbiran Negeri Kelantan.