Wednesday, June 3, 2009

TINDAKAN YANG TEPAT

Salam Sejahtera! Kami rakyat Kelantan dari semua keturunan merasa bangga dengan perkembangan mutakhir di Negeri Kelantan.

Kepada Yang Teramat Mulia Tuanku Muhammad Faris Petra,Tengku Mahkota, merangkap Pemangku Sultan Kelantan, patik-patik ingin menjunjung kasih dan menyembah kepada YTM Tuanku bahawasanya patik-patik amat terharu dan bergembira diatas tindakan tegas dan pantas YTM Tuanku menitahkan supaya jawatan PKN , PTG dan DO Kota Bharu, Kelantan, dikosongkan dengan serta merta. Rupa rupanya sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga. Patik-patik rakyat Kelantan mendoakan kepada Tuhan pada setiap masa supaya Ayahanda YTM Tuanku, KDYMM Al-Sultan Ismail Petra yang patik-patik semua amat menghormati supaya cepat cepat sembuh untuk kembali memerintah Negeri Kelantan yang patik-patik sayangi.
Dengan perkembangan yang positif ini kami harap Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tuan Guru Dato’ Hj. Nik Ab. Aziz Nik Mat akan dapat mentadbir Negeri Kelantan dengan mudah dan senang hati tanpa pengacau pengacau yang terhormat itu. Pihak SUK, Dato’ Mohd Aiseri Alias juga tidak akan tergendala kerja-kerja nya untuk menjalankan polisi dan arahan yang diputuskan oleh Menteri Besar dan Exco2 nya.

Dari awal lagi kami ingin nyatakan bahawa pendedahan kami ini adalah untuk kebaikan Negeri Kelantan. Tiada gunanya kita menyembunyikan kelemahan kelemahan kita atau mempertahankan pembolot-pembolot khazanah Negeri Kelantan yang bertopengkan sebagai Pegawai Pegawai Kanan Kerajaan. Dengan tindakan tegas oleh Pemangku Sultan itu, Negeri Kelantan diharap bersinar semula dari segi ekonomi dengan menarik minat pelabur-pelabur dari luar Negeri. Marilah kita kehadapan kearah memajukan Negeri Kelantan dibawah kepimpinan YAB Dato’ Tuan Guru Hj. Nik Ab. Aziz Nik Mat yang kita kasihi dan sanjungi dan lupakan perkara-perkara yang lepas yang telah mencemarkan Pentadbiran Negeri Kelantan.

Wednesday, May 20, 2009

Penyelewengan Pentadbiran Kewangan Negeri Kelantan!

PENTADBIRAN kewangan negeri Kelantan dikatakan berada dalam keadaan tidak begitu kemas dan teratur menyebabkan kemungkinan berlaku pembaziran wang rakyat seperti bayaran yang dibuat ke atas tuntutan-tuntutan yang tidak wajar dan munasabah.

Beberapa amalan tidak telus dikatakan berlaku yang melibatkan jumlah puluhan juta ringgit.

Apa yang dikatakan berlaku ialah tuntutan-tuntutan tidak wajar ke atas sesuatu kontrak di mana nilai yang diluluskan tidak sepadan dan tempoh kelulusan juga begitu cepat di mana ini menyalahi prosuder kewangan yang diamalkan sebelum ini, di mana pembayaran biasanya dibuat dalam tempoh selepas tiga bulan.

Ada tuntutan dikatakan dibuat disebelah pagi diluluskan sebelum pukul 3:00 petang!

Sebagai contohnya bayaran yang dibuat oleh sebuah agensi kerajaan negeri berjumlah RM36 juta dalam tempoh lebih dua tahun dari tahun 2006. Pembayaran itu dianggap tidak munasabah kerana aktiviti agensi berkenaan bukan agensi bersifat komersial.

Keadaan ini menyebabkan pihak tertetu yang berhak untuk menjaga dan mengawal kewangan negeri Kelantan untuk rakyat dikatakan terpaksa masuk campur bagi memastikan perbelanjaan dijalankan dengan betul.

Pihak berkenaan dikatakan sedang meneliti hal ini termasuk telah memanggil Pegawai Kewangan Negeri dan Pengarah Tanah dan Galian yang bertanggungjawab dalam soal-soal tanah dan sebagainya untuk memberi penjelasan lanjut.

Dikatakan ada sendiket kalangan kontraktor mengguna nama pihak berkuasa lain untuk mendapat kontrak ataupun mendapat kelulusan tanah dengan mudah serta dikenakan bayaran cukai atau premium yang rendah.

Misalnya premium dikenakan ke atas satu kawasan lombong emas di negeri itu jauh lebih rendah daripada jumlah sepatutnya kerana ia dikatakan ada kaitan dengan pihak tertentu lain. Hal ini katanya sangat dikesali dan ia mula dipertikaikan sendiri oleh pihak dalaman kerajaan negeri.

Dalam tujuan ini nama istana Kelantan juga dikatakan telah dijadikan kambing hitam bagi mendapat perlepasan atau pun untuk mempercepatkan sesuatu proses permohonan.

Justeru pihak kerajaan negeri khasnya menerusi Pengerusi Jawatankuasa Kewangan Negeri yang bertindak sebagai Menteri Kewangan dan juga Menteri Besar perlu memantau dan menyelidiki hal ini.

Sekiranya dakwaan ini didapati benar tidak sewajarnya kerajaan negeri mendiamkan diri kerana ia tidak memberi keuntungan kepada kerajaan apa lagi disaat negeri mengalami kemelesetan ekonomi kini. Apa lagi kalau sikap diam diri itu kerana takut atau kerana menghormati mana-mana pihak ia dianggap sebagai tidak patut kerana telah membelakangkan kepentingan rakyat.

Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) juga hendaklah memainkan peranan menyiasat perkara ini. Tujuan ia diwujud ialah bagi menjadi badan pemantau bagi pihak seluruh rakyat Kelantan. PAC berhak memanggil mana-mana pihak membabitkan perbelanjaan wang negeri untuk diteliti. Tidak ada gunanya PAC ini diwujudkan kalau ia setakat diwujudkan untuk memenuhi prosuder sesebuah kerajaan saja.

Seelok ‘penyelewengan’ dan kelemahan salah tadbir ini dikesan dan diambil tindakan segera sebelum keadaan menjadi lebih buruk lagi. Natijah daripada membiarkannya menyebabkan wang rakyat akan disalah gunakan akan lebih berleluasa.

Pencerobohan Yang Tidak Bertamaddun

Pada 24 Mac 2008, En. Mohamad bin Ismail, Ketua Pusat Konservasi Hidupan Liar Gua Musang telah mencatat peristiwa kezaliman daripada penyamun penyamun terhormat diketuai oleh Pengarah Tanah & Galian Kelantan Dato’ Hj Kamaruddin berkaitan tanah lot 730 kepunyaan Ladang Ternakan Konservasi Rusa.

Pada hari tersebut kerja kerja tanah telah dijalankan oleh kontrakter kepada Yayasan Keraftangan iaitu Mr Henry dan Mr. Ho Tin Tik di dalam kawasan kepunyaan Pusat Konservasi Hidupan Liar. En. Mohamad Ismail cuba sekat sambil menunjukan batu sempadan dan menasihatkan kontraktor tersebut supaya berhenti menceroboh disebabkan tanah tersebut termasuk dalam kawasan Ladang Ternakan Rusa. Hadir sama ditempat pencerobohan ialah pengampu, talam dua muka, dan barua kepada Mr. Ho Tin Tik, iaitu En. Zahari Hamzah, Pen. Pegawai Tanah.

Penyamun penyamun atasan yang juga barua-barua kepada Dato’ Shkori, iaitu Pen. Pegawai Tanah, En. Mohd Zainudin Hj Mohamad, Pen. Kanan Ketua Jajahan dan seterusnya PTG sendiri Dato Hj Kamaruddin dengan mudah dan tidak segan silu menerusi telefon En. Zahari mengatakan bahawa kawasan tersebut diluluskan untuk penjelajahan kepada Yayasan Keraftangan kepunyaan Raja Perempuan Kelantan.

Dengan rakus dan sombong mereka kaitkan projek pencerobohan tersebut dengan Raja Perempuan Kelantan, seolah olah tiada kuasa lain dapat menghalang perbuatan keji itu. Inikah yang dikatakan Payung Rakyat ? Rakyat Kelantan sudah jemu dan bosan dengan perbuatan penceroboh terhormat. Kami rakyat Kelantan sentiasa mendoakan supaya KDYMM Al-Sultan Kelantan dan YTM Tengku Mahkota yang kami sanjungi supaya mengambil tindakan yang sewajarnya keatas sesiapa sahaja termasuk Pegawai Kanan Awam yang berpangkat tinggi seperti PKN Dato’ Shkori dan PTG Dato’ Kamaruddin tetapi berkelakuan tamak, rasuah, zalim dan bersikap begitu hina dan rendah dimata rakyat.

PTG Dato’ Kamaruddin atau wakilnya selalu berjumpa dengan Ho Tin Tik di Kesedar Inn Gua Musang sekurang2 nya dua kali sebulan. Apakah makna nya ini ? Kami harap Pihak Pencegahan Rasuah ambil berat tentang perkara ini.

Monday, April 13, 2009

The Kelantan Raja Perempuan’s Selfish Behavior


The whole Kelantan state’s administration had suffered continuously, both politically and economically due to unseen interference from the Raja Perempuan of Kelantan.



Prospective local and foreign investors are skeptical on initiating good business in Kelantan due to negative reports of blockages, harassments, warnings and cancellation of awarded concessions. The Raja Perempuan has been dictating the State Government with regard to offers of major projects in the State.



A few senior civil servants and businessmen are directly involved in carrying out the evil directives from the Raja Perempuan. Leading the team are corrupted officers, State Financial Officer Dato’ Shkori to take care of the Excos, Land & Mines Director Dato’ Kamaruddin to handle land and mining cocessions and Kota Bharu District Officer Dato’ Ismail Ghani handles urban projects. The few businessmen directly profiting from the Raja Perempuan’s malpractices are Ho Tin Teik of Ceramic Material Supply Sdn Bhd, Gua Musang, Tan of SBJ Holdings, Dato’ Bernard of the Lojing projects, and Dato’ Giok with the riverside reclamation projects. Prime urban building projects are awarded to SBJ Holdings with huge kickbacks in the form of shoplots are presented to the Raja Perempuan.



The whole ‘Rakyat’ of Kelantan are fully aware of the evil deeds of the Raja Perempuan, and they are bored and shameful with common sights of “Projek Diraja” accompanied with a “Crown” scattered by the roadside throughout the State from Northern Kota Bharu to Southern Lojing. The people are also fully aware that HRH the Sultan has nothing to do with such cheap display of Royal accent.



HRH the Sultan of Kelantan is innocent and unaware of His name being used by the Raja Perempuan in trying to get through certain deals, kickbacks and commissions from the State or investors. Even the Sultan’s sisters Tengku Marjan, Tengku Salwani and Tengku Rozan were not entertained and were treated badly by the Raja Perempuan.



The Crown Prince, Tengku Mahkota, Tengku Mohd Faris Petra was forced by his mother, the Raja Perempuan to marry her relative, Tengku Zabedah from Thailand. The marriage had failed and the Crown Prince is not on good terms with his mother.



The Crown Prince’s younger brother, Tengku Temenggong had recently married a rich and pretty Indonesian girl, Miss Manohara. After a short while Manohara left the Prince and stayed back in Indonesia. Unhappy with the incident, the Raja Perempuan kidnapped Manohara and kept her back in Kelantan. Manohara’s parents tried to enter Malaysia to reclaim their daughter but was stopped by the Immigration Department, which was arranged by the Raja Perempuan.

Tengku Anis, Chief Mafia of Kelantan

DYMM Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Bt Tengku Abdul Hamid telah memusnahkan ekonomi Negeri Kelantan dan memporakperandakan perjalanan pentadbiran Kerajaan Negeri dengan mencampuri hal-hal urusan Kerajaan yang sepatutnya di tentukan oleh Menteri Besar dan Ahli Exconya serta pelaksanaannya dilakukan oleh Pegawai-Pegawai Pentadbiran dibawah Setiausaha Kerajaan.


Beberapa cara yang zalim diamali oleh Raja Perempuan untuk menghimpun khazanah rakyat negeri Kelantan. Ini di jalankan melalui syarikat-syarikat dan Yayasan yang konon nya dibawah naungan KDYMM Al-Sultan. Diantaranya ialah Petranis Holdings Sdn Bhd yang digunakan untuk memohon kawasan pembalakan dan perlombongan tanpa syarat-syarat yang diperlukan oleh Enakmen Negeri. Syarikat tersebut digunakan untuk meyakinkan Institusi-Institusi Kerajaan bahawa KDYMM Al-Sultan dibelakang dan menyokong permohonan tersebut, walaupun KDYMM Tuanku Al-Sultan tidak tahu-menahu, lebih lebih lagi yang membabitkan kawasan konsesi yang pernah diluluskan kepada pelabur-pelabur lain. Ini ada kaitan dengan satu kawasan lombong manganese dan satu lombong emas di Gua Musang. Seorang pengarah Petranis Holdings Sdn Bhd telah dihadiahkan sebuah kereta mewah Mercedes Benz E-200 bernilai RM350 Ribu. Ini adalah imbohan daripada seorang pengusaha kerana beliau memberi laluan kepada konsesi balak dan perlombongan tanpa batasan dengan kuasa melalui Raja Perempuan.


Yayasan Kraftangan digunakan untuk merampas tanah-tanah peneroka di Gua Musang. Ramai peneroka-peneroka yang telah mengusahakan tanah mereka selama beberapa tahun dan ada yang sudah mendapat hasil dari tanaman tersebut, tetapi telah di rampas oleh seorang pengusaha kepada Yayasan Kraftangan yang bernama Ho Tin Tik iaitu juga seorang muflis. Pengusaha tersebut menghadapi musuh yang ramai dan beliau mendapat perlindungan dari Raja Perempuan Kelantan. Persoalannya kenapakah Raja Perempuan begitu mempercayai kepada seorang muflis?


Yayasan tersebut juga digunakan untuk menjalankan kegiatan sekatan jalan di depan Istana Batu dibandar Kota Bharu. Jalan tersebut yang sepatutnya digunakan untuk lalulintas awam telah disekat dan dibangunkan dengan gerai-gerai perniagaan dengan perbelanjaan Kerajaan Negeri sebanyak RM2 juta dan hasilnya adalah hanya lebih kurang RM3 ribu sebulan. Itu pun dibahagi dua antara Kerajaan Negeri dan Raja Perempuan.


Beberapa kuncu-kuncu atau barua-barua didalam dan luar Kerajaan telah menjalankan kegiatan rakus dan tamak arahan Raja Perempuan. Mengetuai kumpulan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri adalah penjawat awam nombor dua dalam pentadbiran Negeri iaitu Pegawai Kewangan Negeri Dato’ Hj Shkori Mohamad. Tidak ketinggalan adalah Pengarah Tanah dan Galian Dato’ Hj. Kamaruddin. Dato’ Shkori bertugas untuk mempengaruhi Ahli-Ahli Exco supaya diluluskan atau dibatalkan sesuatu permohonan pelaburan, kawasan balak, kawasan melombong dan sebagainya. Pegawai-pegawai kerajaan yang menentangnya akan diberi amaran atau ditukarkan. Dalam perkara ini Dato’ Shkori amat berkuasa, sehinggakan Dato’ Setiausaha Kerajaan, Aiseri Alias telah dikutuk, difitnah dan dicemuhi dari kiri, kanan, belakang, depan hanya kerana Dato’ SUK itu tidak mengikut membuta-tuli telunjuk Raja Perempuan. Kesemua Ahli-Ahli Exco telah berjaya dipengaruhi atau diperdayakan oleh Dato’ Shkori.


Untuk menyempurnakan tugas Raja Perempuan, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu Dato’ Azman diheret sama, sehingga banyak tindakan mahkamah dari mangsa-mangsa ditolak awal oleh mahkamah. Pelabur-pelabur merasa takut untuk memasuki Kelantan dan ini akan diikuti oleh kemelesetan ekonomi.


Ramai mangsa-mangsa telah memohon pertolongan dari YM Tengku Razaleigh Hamzah, ahli parlimen Gua Musang dan juga bapa saudara kepada Raja Perempuan, untuk menyelesaikan masaalah mereka, akan tetapi janji tinggal janji dan hamba rakyat merasa sangat kecewa dengannya.


Kesemua keluarga keluarga KDYMM Al-Sultan telah diketepikan dan tidak dilayani dengan hormat oleh Raja Perempuan. Sebaliknya adik-beradik dan seluruh keluarganya walaupun yang jauh dan tinggal di Thailand telah diberi projek-projek tertentu.


Kami rakyat Kelantan menyeru kepada Raja Perempuan supaya insaflah dan berhentilah rompakan harta khazanah negeri milik rakyat. Tuanku sudahpun mencecah umur 60 tahun dan tidak akan hidup dengan sihat selama-lamanya. Ingatlah doa rakyat yang teraniaya akan dimakbulkan oleh Allah Taala. Adakah kemewahan dan kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan negeri Kelantan terhadap Tuanku masih tidak mencukupi sehinggakan terpaksa menganiaya rakyat? Insaflah dan bersyukur kerana KDYMM Al-Sultan telah mengamalkan Sunnah Nabi dan hanya mempunyai dua isteri.


Kepada KDYMM Al-Sultan Kelantan, patik amat berbangga dan megah kerana memiliki seorang Sultan yang mengambil berat ke atas rakyatnya dan patik rakyat Kelantan menyeru dan memohon supaya Kebawah Duli Tuanku mengambil tindakan sewajarnya keatas sesiapa sahaja yang mencemar nama baik Kebawah Duli Tuanku. Patik-patik rakyat Kelantan menjunjung kasih dan sembah kepada KDYMM Al-Sultan Ismail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra dan masih ingat dengan jasa dari Almarhum Sultan Mohamad ke-4, Almarhum Sultan Ismail, Almarhum Sultan Ibrahim dan Ayahanda Tuanku Almarhum Sultan Yahya Petra.

Perogolan GAnaz Lojing (18SX)






Daripada beberapa keratan surat khabar ini boleh dilihat seolah-olah kerajaan negeri kelantan menyokong perbuatan kerosakan alam sekitar di Lojing.
Rakyat di Kelantan faham betapa serba-salahnya ahli-ahli exco Kelantan termasuk Menteri Besar Kelantan kerana semua projek ini didalangi oleh orang yang bertopengkan projek D’Raja Kelantan.
Dalang yang paling besar ialah Raja Perempuan Negeri Kelantan. Pihak-pihak seperti Dato’ Shkori, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Kamarudin, Pengarah Tanah dan Galian Kelantan membantu Raja Perempuan melalui beberapa pengusaha untuk mengaut keuntungan seberapa banyak yang mungkin daripada konsesi balak di Lojing. Raja Perempuan dan pegawai-pegawai kerajaan tersebut yang korap tidak mengira sama ada kerajaan negeri akan bankrap atau pun tidak asalkan perut mereka kenyang dengan wang rasuah.

Lombong Haram Jadah Raja Perempuan

Lombong-Lombong haram yang dijalankan dengan persetujuan Raja Perempuan Kelantan. Pegawai-pegawai yang cuba menjalankan tugas akan diberi amaran oleh Dato’ Shkori dan ditukarkan ke tempat lain dengan arahan daripada Raja Perempuan Kelantan. Raja Perempuan dipercayai menerima wang bagi setiap kali pengusaha berjumpa dengannya.
YB Timbalan Menteri Besar pernah diherdik oleh Raja Perempuan sebagai Jin mata sebelah yang makan duit. Sedarlah wahai Raja Perempuan siapakah Jin sebenar dan siapakah yang sukan makan duit haram hasil rampasan daripada rakyat jelata Kelantan yang rata-rata masih miskin.














Lombong emas haram di Gua Musang yang dijalankan oleh orang suruhan Ho Tin Tik. Kedudukan lombong ini di tepi jalan, penguatkuasaan tidak ke mana kerana Ho Tin tik dilindungi oleh Raja Perempuan.








Lagi satu lombong batu putih yang haram yang dijalankan oleh Ho Tin Tik yang dijalankan terang-terangan. Sekarang siapa yang rasuah? Pegawai penguatkuasakah atau Raja Perempuan sendiri. Sepatutnya Sebagai Raja Perempuan membantu Al-Sultan dan Kerajaan negeri meningkatkan hasil negeri. Apabila negeri ada hasil yang lebih, maka dapatlah menolong rakyat. Ini tidak HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI.